Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
pada Sabtu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota polis
Pasukan Gerak Khas 69 komando (VAT 69) yang terkorban dalam insiden
tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah Jumaat.
"Ucapan takziah kepada keluarga perwira negara yang terkorban di Lahad Datu. Semoga roh mereka ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh. Al-fatihah," katanya melalui laman Twitter beliau, awal pagi ini.
Dua anggota komando polis komando VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Allahyarham Koperal Sabarudin Daud bersama keluarga |
Kejadian itu mencederakan tiga lagi anggota keselamatan negara selain
turut mengorbankan 12 anggota kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina
itu.
Jenazah Zulkifli dan Sabarudin yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada 7.55 pagi tadi tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 12.30 tengah hari ini sebelum dibawa untuk dikebumikan keluarga masing-masing.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kedua-dua anggota polis itu sebagai wira negara yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga kedua-dua wira negara itu berkata semangat patriotisme, berani dan sedia berjuang hingga ke titisan darah terakhir itu perlu dicontohi seluruh rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan para belia negara.
"Pengorbanan Allahyarham Inspektor Zulkifli dan Koperal Sabarudin seharusnya menjadi contoh dan teladan terutamanya kepada belia-belia hari ini.
"Janganlah para belia kita terpengaruh dengan anasir-anasir dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia dan yang hanya akan menghancurkan masa hadapan diri, bangsa, agama dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau turut berharap keluarga kedua-dua mangsa bersabar dan reda menerima ujian tersebut dan mendoakan semoga roh kedua-dua Allahyarham dicucuri dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama roh para syuhada dan orang-orang beriman.
Sumber - BERNAMA

No comments:
Post a Comment