Gambar hiasan dari Program terdahulu di Peringkat Parlimen Jelebu. |
Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berharap masyarakat
Cina di negara ini akan sentiasa dilimpahi rezeki sempena perayaan Tahun
Baharu Cina.
Beliau berkata semoga kehidupan mereka seisi keluarga serta tanah air ini sentiasa dalam keadaan aman damai.
"Saya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina iaitu tahun baru ular dan dengan tahun baru ini didoakan supaya masyarakat Tionghoa di mana sahaja berada dapat merayakannya dengan penuh kegembiraan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam rakaman ucapan Tahun Baharu Cina yang direkodkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di pejabatnya di Putrajaya di sini, Rabu.
Masyarakat Tionghoa akan merayakan Tahun Baharu Cina Ahad ini.
Sumber: raisyatim.my
No comments:
Post a Comment