YB Dr Rais Yatim bermesra dengan Masyarakat India dan Masyarakat dari kaum lain yang hadir pada hari itu |
JELEBU, 22 Jan 2013 - Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan rakyat
jangan gadai masa depan dengan mempercayai janji ditabur pembangkang
yang datang ke kawasan mereka.
Beliau berkata janji pembangkang hanya retorik semata-mata berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengotakan janji dengan menyediakan pelbagai kemudahan sosial dan ekonomi di luar jangkaan.
"Fikir (mengenai) masa depan kita berdasarkan rekod BN (Barisan Nasional) sebelum ini dan masa depan," katanya pada majlis sambutan Pesta Ponggol 2013 peringkat Parlimen Jelebu di Dewan Budaya di Simpang Pertang di sini Selasa.
Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata rakyat perlu menilai jasa BN yang ternyata mampu membela rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan, antaranya menerusi pendidikan, perumahan dan perubatan.
"Oleh itu, tiada alasan konkrit untuk rakyat menolak BN dan memilih pembangkang yang bercita-cita ingin menawan Putrajaya," katanya.
Sementara itu, beliau berkata semua parti komponen BN perlu berbaik sangka antara satu sama lain dan bersatu dalam perjuangan bagi memastikan BN mencapai kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.
Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan 10 notebook 1Malaysia kepada pelajar dan peruntukan berjumlah RM138,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sekolah, masjid, kuil dan Pejabat Daerah Jelebu.
No comments:
Post a Comment