Sunday, 27 January 2013

Kerana Bersama PM @NajibRazak Bela Islam, Akhirnya Nasha Dipecat...

Ini mungkin menjadi punca...kerana bersama PM membela saudara Islam Palestin, Ustaz Nasha dipecat.
Tidak mengejutkan berita ini kerana rata-rata, ramai telah menjangkan bahawa Ustaz Nasharuddin akan dipecat oleh PAS hanya kerana beberapa kali dilihat bersama menghadiri Program dengan Pemimpin Islam UMNO.


Terbaru adalah sewaktu YAB Perdana Menteri ke Gaza. 

Bagi penulis, keputusan Pas memecat Ustaz Nasha dari Jawatankausa Syura, seperti membalas dendam kerana gambar terbaru Ustaz Nasha bersama PM, memberi sokongan kepada Saudara Islam Palentin yang dizalim.

Jika dalam kenyataan media yang dibuat Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, keputusan memecat Ustaz Nasha telah dibuat semasa Mesyuarat Majlis tersebut pada 13 Januari lepas dan surat pemecatan itu telah diserahkan pada hari ini. (rujuk sini)

Jelas berlaku kepincangan dalam Parti yang kononnya mampu mentadbir sebuah negara tetapi tidak mempu untuk menyerahkan surat tersebut sebaik selepas keputusan dibuat...sungguh menghairankan???

Dan jika kita ingat balik, Kenyataan Rasmi Majlis Syura ketika itu, hanyalah mengenai Isu 'Kalimah Allah' dan tidak menyebut atau menyentuh langsung isu pemecatan ini.

Rasa-rasa penulis, keputusan pemecatan ini adalah kesumat yang di 'back dated'kan selepas melihat foto Ustaz Nasha bersama PM di Gaza...namun ini hanya pandangan penulis kerana perkara ini tidak pernah dibangkitkan dan selepas 2 minggu baru ianya dimaklumkan kepada umum.

Bukan kah ini berbetulan dengan tersiarnya gambar di atas

Untuk rujukan, kali pertama Ustaz Nasha dilihat bersama dengan PM semasa menghadiri perjumpaan Ulama Besar dengan Perdana Menteri Malaysia semasa persidangan OIC...lihat foto bawah

Ini yang pertama, Penulis masih ingat jawapan Ustaz Nasha apabila ditanya tujuan kehadiran beliau bersama PM di Mekah..'saya ke sana untuk agenda yang lebih besar dari agenda PAS', fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment