Thursday, 7 February 2013

Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Parlimen Jelebu

Dr Rais Yatim menyampaikan sendiri BR1M 2.0 kepada Penerima
Pelancaran Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Parlimen Jelebu telah diadakan di Perkarangan Dewan DASURY, Kuala Klawang pada 2 Februari 2013.


BR1M 2.0 diberikan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira kaum, agama mahupun ideologi politik. Kelihatan Dr Rais Yatim menyampaikannya kepada Warga Emas berbangsa Cina
YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, telah sudi hadir untuk menyerahkan sendiri BR1M pada hari tersebut.
Dr Rais Yatim amat dekat dengan penduduk Parlimen Jelebu

Bagi Kerajaan BN yang bermurah hati untuk terus membantu rakyat bagi memstikan daya beli dan kestabilan pasaran runcit negara, BR1M 2.0 merupakan mekanisma utamanya.
Kegembiraan terpancar dari riak wajah kesemua penerima.

Dengan BR1M 2.0, KDNK Negara dapat terus dikekalkan diparas yang ada sekarang sekaligus membantu memastikan matlamat menjadikan Malaysia Maju pada tahun 2020, satu kenyataan.
Kaunter BR1M 2.0 Parlimen Jelebu.

Terima kasih kepada petugas yang setia melayan dan menguruskan BR1M 2.0 Parlimen Jelebu yang dirasmikan oleh YB DSU Dr Rais Yatim.

Menyampaikan sendiri, ini amat menyentuh hati para penerima BR1M 2.0. Namun inilah amalan YB DSU Dr Rais Yatim bagi mengekalkan hubungan dekat antara beliau dan penduduk.

No comments:

Post a Comment