YB Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim ketika melancarkan buk 'Firdaus dan Firdaus' |
Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) disaran menerokai pasaran teknologi buku elektronik
(e-buku) bagi membantu penulis dan penerbit buku memasarkan karya
masing-masing dengan lebih meluas.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadikan pasaran baharu itu sesuatu yang perlu ditembusi untuk memastikan sesuatu karya intelek dijulang di peringkat lebih tinggi.
Katanya buku sebagai sumber ilmu atau sebagai refleksi kemanusiaan perlu melangkah lebih jauh dalam kecanggihan teknologi dan penggunaan aplikasi e-buku menjadi sesuatu yang perlu dalam meningkatkan lagi jumlah sebaran.
"Untuk itu PNM perlu memainkan peranan dan menjalankan tugas bagi menembusi pasaran baru ini," katanya pada majlis semarak nusantara dan pelancaran buku 'Firdaus dan Firdaus' di auditorium PNM di sini Khamis.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Masnah Rais dan Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar.
Buku antara dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia itu bertajuk 'Cermin Belakang' karya Anggota Dewan Negara Datuk Dr Firdaus Abdullah dan 'The Power of Minangkabau' oleh Drs Firdaus Effendi.
E-buku adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik di mana konsepnya tetap sama dengan buku tradisional tetapi dalam bentuk digital yang mempunyai skrin serta mengandungi muka surat buku yang membolehkan pembaca memindah terima, membeli dan membacanya melalui peranti khas atau komputer.
Berkenaan buku itu, Rais mahu kedua-dua penerbitan yang mempunyai nilai intelektual meliputi sosio budaya Melayu dan perjuangan nusantara dalam aspek sejarah itu dibeli oleh PNM bagi diedarkan di 1,089 Perpustakaan Desa seluruh negara.
"Pelancaran buku ini tidak boleh dan tidak harus dilihat dari segi judul sahaja tetapi penerbitannya yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan di Nusantara perlu diangkat sebagai satu lagi sumbangan pada bidang pengetahuan," katanya.
Cermin Belakang adalah hasil himpunan koleksi esei Firdaus, yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pusataka, mengandungi 63 bab pendek, mencakupi politik dan kekuasaan, tokoh dan peristiwa, tradisi dan jati diri serta pendidikan dan negara bangsa.
Buku The Power of Minangkabau pula yang terbahagi kepada tiga bahagian setebal 160 halaman pula cuba membangkitkan semangat dan inspirasi masyarakat Minang dalam mengekalkan nilai adat dan budaya di era globalisasi dan perkembangan teknologi. Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadikan pasaran baharu itu sesuatu yang perlu ditembusi untuk memastikan sesuatu karya intelek dijulang di peringkat lebih tinggi.
Katanya buku sebagai sumber ilmu atau sebagai refleksi kemanusiaan perlu melangkah lebih jauh dalam kecanggihan teknologi dan penggunaan aplikasi e-buku menjadi sesuatu yang perlu dalam meningkatkan lagi jumlah sebaran.
"Untuk itu PNM perlu memainkan peranan dan menjalankan tugas bagi menembusi pasaran baru ini," katanya pada majlis semarak nusantara dan pelancaran buku 'Firdaus dan Firdaus' di auditorium PNM di sini Khamis.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Masnah Rais dan Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar.
Buku antara dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia itu bertajuk 'Cermin Belakang' karya Anggota Dewan Negara Datuk Dr Firdaus Abdullah dan 'The Power of Minangkabau' oleh Drs Firdaus Effendi.
E-buku adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik di mana konsepnya tetap sama dengan buku tradisional tetapi dalam bentuk digital yang mempunyai skrin serta mengandungi muka surat buku yang membolehkan pembaca memindah terima, membeli dan membacanya melalui peranti khas atau komputer.
Berkenaan buku itu, Rais mahu kedua-dua penerbitan yang mempunyai nilai intelektual meliputi sosio budaya Melayu dan perjuangan nusantara dalam aspek sejarah itu dibeli oleh PNM bagi diedarkan di 1,089 Perpustakaan Desa seluruh negara.
"Pelancaran buku ini tidak boleh dan tidak harus dilihat dari segi judul sahaja tetapi penerbitannya yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan di Nusantara perlu diangkat sebagai satu lagi sumbangan pada bidang pengetahuan," katanya.
Cermin Belakang adalah hasil himpunan koleksi esei Firdaus, yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pusataka, mengandungi 63 bab pendek, mencakupi politik dan kekuasaan, tokoh dan peristiwa, tradisi dan jati diri serta pendidikan dan negara bangsa.
Buku The Power of Minangkabau pula yang terbahagi kepada tiga bahagian setebal 160 halaman pula cuba membangkitkan semangat dan inspirasi masyarakat Minang dalam mengekalkan nilai adat dan budaya di era globalisasi dan perkembangan teknologi.
Sumber: raisyatim.my
No comments:
Post a Comment